Perdana Menteri Anwar Ibrahim beramah mesra dengan masyarakat India pada majlis makan malam di Seremban.SEREMBAN: Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan mengambil alih tanggungjawab memantau isu-isu melibatkan masyarakat India mulai sekarang.Anwar berkata, penglibatan langsungnya itu susulan pelbagai rayuan dan aduan yang diterima daripada masyarakat India berhubung cabaran yang dihadapi mereka.Bagaimanapun, katanya, Menteri Sumber Manusia R Ramanan, yang menyelia Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (Mitra) menerusi kementeriannya, akan terus melaksanakan tugas dan program yang telah diluluskan oleh kerajaan."Saya dah minta Ramanan tolong (pantau isu masyarakat India). Tapi dari sekarang, bukan sahaja Mitra, tapi masalah (masyarakat) India, saya yang bertanggungjawab. Saya akan ambil alih," katanya pada majlis makan malam bersama komuniti itu malam ini."Sudah tentu Ramanan akan menjadi menteri yang melaksanakan (program yang dirancang) ...
(tetapi) malam ini, saya umum perdana menteri juga akan menjaga masyarakat India."Anwar juga berkata, langkah ini akan memperkukuh penyelarasan dasar melibatkan komuniti itu, termasuk pembiayaan melalui Tekun Nasional, Amanah Ikhtiar Malaysia, skim jaminan pembiayaan, serta program pembangunan ekonomi dan kebajikan yang lain.Beliau menggesa masyarakat untuk menilai kerajaan perpaduan berdasarkan rekod prestasinya dan inisiatif yang telah dilaksanakan, bukannya berdasarkan persepsi atau dakwaan pihak tertentu.Anwar turut memohon maaf kerana pernah menggunakan istilah 'kuil haram' ketika membincangkan isu tersebut, menyatakan beliau sedar kesilapannya."Sejak saya jadi perdana menteri, satu kuil lama pun tak pernah saya robohkan. Peraturan memang ada," katanya."Jadi, kalau saya keluar perkataan, katakan, ini kuil haram, saya kena minta maaf. Itu kesilapan teknikal, saya akui kesilapan itu."
Summary from source