Home › World

Melaka election: Azmin's announcement may reflect dilemma within the party

World 1 source 1 country 11m ago

Pengarah Pilihan Raya PH Amirudin Shari berkata perkembangan lanjut rundingan dengan Bersatu mungkin diketahui dalam tempoh terdekat. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) masih berminat mengadakan rundingan dengan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi PRN Melaka, kata Pengarah Pilihan Raya Amirudin Shari.Beliau berkata, pilihan masih terbuka termasuk mengadakan rundingan dengan Bersatu, bagi mencari bentuk kerjasama yang boleh diterima semua pihak.“Setakat ini, saya anggap permainan masih terbuka, pintu rundingan masih terbuka. Kita berunding dengan semua orang,” katanya selepas merasmikan Pusat Perubatan Sunway Damansara di Kota Damansara.Kenyataan Amirudin itu dibuat selepas Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad pada Selasa berkata, PH tidak akan bekerjasama dengan BN pada PRN Melaka, sebaliknya terbuka kepada gabungan lain kecuali BN dan Perikatan Nasional (PN).Hari ini, Utusan Malaysia melaporkan Ketua Amanah Melaka, Ashraf Mukhlis Minghat, berkata PH tidak menutup ruang menjalinkan kerjasama dengan mana-mana parti baik BN mahupun Bersatu menjelang PRN.Katanya, apa disuarakan Khalid mengenai kerjasama dengan BN dianggap 'pandangan peribadi' Dalam perkembangan berkaitan, PH sebelum ini dilapor mengadakan pertemuan tertutup dengan pemimpin Bersatu Melaka, namun Pengarah Komunikasi Fahmi Fadzil menegaskan tiada rundingan rasmi dibuat dan sebarang keputusan kerjasama perlu diputuskan Majlis Presiden PH.Sementara itu, Pengerusi BN Melaka Ab Rauf Yusoh berkata rundingan mengenai kerjasama PRN ditangguhkan kerana belum ada tarikh sesuai untuk dipersetujui.BN dijangka memulakan rundingan minggu ini, namun Rauf berkata pertemuan dengan bakal rakan kerjasama mungkin diadakan minggu depan.Mengulas rundingan PH dengan Bersatu, Amirudin berkata perkembangan lanjut mungkin diketahui dalam tempoh terdekat.“Menjelang minggu depan, saya fikir kita boleh dapat sesuatu,” katanya.Amirudin berkata, keutamaan PH ialah memastikan sebarang bentuk kerjasama dapat menyumbang kepada kemenangan selain mengambil kira kepentingan rakyat.Katanya, kestabilan politik juga menjadi pertimbangan, selain kerjasama yang mempunyai persamaan dari segi dasar dan memberi manfaat kepada rakyat, khususnya dalam membantu golongan miskin serta menangani isu perumahan.

Penganalisis berkata kenyataan Azmin Ali berbeza dengan kesudian Bersatu Melaka meneroka ruang persefahaman dan kerjasama politik bagi menghadapi Barisan Nasional dan PAS.PETALING JAYA: Pengumuman Setiausaha Agung Bersatu Azmin Ali bahawa partinya tidak akan mengadakan kerjasama dengan mana-mana parti politik menjelang PRN Melaka mungkin mencerminkan dilema strategik yang sedang dihadapi Bersatu.Penganalisis berkata kenyataan Azmin Ali semalam berbeza dengan kesudian Bersatu Melaka meneroka ruang persefahaman dan kerjasama politik bagi menghadapi Barisan Nasional dan PAS.Tawfik Yaakub."Keadaan ini menunjukkan bahawa pertimbangan politik di peringkat negeri mungkin berbeza dengan pendirian atau perhitungan strategik di peringkat nasional," kata Tawfik Yaakub dari Universiti Malaya.Tawfik berkata kesudian Bersatu Melaka rasional kerana ia berhadapan secara langsung dengan realiti pertandingan, kekuatan jentera dan risiko pertembungan banyak penjuru.Beliau turut menarik perhatian kepada kekalahan semua 16 calon Bersatu pada PRN Johor, dan semua 24 calon Bersatu pada PRN Negeri Sembilan."Rekod ini memberikan konteks mengapa kepimpinan negeri mungkin lebih cenderung mencari suatu bentuk persefahaman pilihan raya berbanding memasuki pertandingan secara bersendirian," katanya.Semalam, Berita Harian memetik Azmin sebagai berkata Bersatu tidak akan mengadakan kerjasama dengan mana-mana parti politik pada PRN Melaka, dan pihaknya sedang merangka strategik termasuk mempersiap jentera ke arah bertanding solo.Pengumuman Azmin itu menyusuli pertemuan antara pemimpin Pakatan Harapan dan Bersatu baru-baru ini, ketika Melaka bersiap sedia untuk pilihan raya akan datang.Sebelum ini, penganalisis berpandangan bahawa pendekatan elak pertembungan adalah lebih realistik bagi PH dan Bersatu, mengambil kira kelompok penyokong yang tidak gembira dengan kerjasama antara mereka.Lau Zhe Wei.Bagaimanapun, Lau Zhe Wei dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia berkata kerjasama di Melaka hanya menguntungkan Bersatu manakala PH perlu mempertahankan kerjasama dengan parti di sebalik Langkah Sheraton."Kalau kita lihat kepada PRN di Johor dan PRN di Negeri Sembilan, mereka (Bersatu) tidak dapat meyakinkan bahawa mereka dapat membawa nilai tambahan kepada PH," katanya.Lau berkata Bersatu mungkin mempunyai nilai tambah di Selangor kerana Azmin. Azmin adalah bekas menteri besar Selangor."Seta…

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY ↗
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →