HomeWorld

N Sembilan PRN: BN campaign momentum is increasingly positive, says Ismail

World 1 source 1 country 18m ago

Ismail Sabri Yaakob (tengah) bersama Mohd Asna Mohd Amin (kiri) pada sesi ramah mesra bersama penduduk Kampung Gayan. (Gambar Facebook)PETALING JAYA: Bekas perdana menteri Ismail Sabri Yaakob melihat momentum kempen Barisan Nasional (BN) bagi PRN Negeri Sembilan semakin positif berdasarkan sambutan dan maklum balas diterimanya di lapangan.Beliau yang juga bekas naib presiden Umno berkata pemerhatiannya sepanjang turun berkempen menunjukkan suasana kali ini jauh berbeza berbanding sebelum ini, sekali gus meningkatkan keyakinan terhadap peluang calon BN.“Dengan kerja kuat seperti yang kita lihat hari ini, insya-Allah kita akan menang. Bukan setakat YB Asna, tetapi juga di seluruh Negeri Sembilan.“Saya percaya kita akan mendapat lebih banyak kerusi, terutama apabila PAS bersama kita,” katanya selepas bersarapan bersama penduduk Kampung Gayan yang turut dihadiri calon BN bagi DUN Lenggeng Mohd Asna Mohd Amin.Ismail berkata semangat kerjasama ditunjukkan semua pihak yang terbabit dalam kempen turut memberi petanda positif dalam usaha mendekati pengundi.“Hari ini saya juga berpeluang bersama beberapa pemimpin yang hadir dalam program kempen.“Saya berharap semangat kebersamaan dan kerjasama ini dapat diteruskan sehingga hari pengundian,” katanya.Beliau berkata fokus utama ketika ini adalah memastikan jentera terus bekerja keras, mendekati seramai mungkin pengundi dan mengekalkan momentum kempen sehingga hari mengundi.“Insya-Allah, jika usaha ini diteruskan secara konsisten, kita berharap dapat mencapai keputusan yang baik,” katanya.

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →