HomeWorld

Rehabilitation center restores physical ability, self-esteem

World 1 source 1 country 1m ago

Kamal Ishak (berkerusi roda) berkata Pusat Rehabilitasi Perkeso Tun Abdul Razak memberinya peluang kedua untuk menjalani kehidupan. Bersamanya ketika menjalani rawatan terakhir ialah isterinya, Zuhaina Ahmad Zubel (kanan).MELAKA: Ramai menganggap Pusat Rehabilitasi Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) hanya dikhaskan untuk pekerja binaan atau kilang yang cedera ketika bekerja.Namun, di Pusat Rehabilitasi Perkeso Tun Abdul Razak, Melaka, persepsi itu ternyata meleset sama sekali.Di sini, pekerja kolar putih menjalani rawatan bersama pekerja kolar biru, bukan kerana kecederaan di tempat kerja sebaliknya akibat strok dan pelbagai gangguan neurologi.Ketika FMT mengunjungi pusat itu, juruvideo Kamal Ishak, 56, sedang menjalani sesi rawatan terakhir selepas diserang strok tahun lalu.Sepanjang mendapatkan rawatan, dia bertemu pesakit daripada pelbagai latar belakang."Peguam, ahli perniagaan, jurutera, malah doktor pun ada. Semuanya datang ke sini," katanya kepada FMT.Bagi Kamal dan seorang lagi pesakit, Yuzaimie Mazelan, pusat kemudahan itu memberi mereka 'nafas baharu' dalam kehidupan.Bagi Yuzaimie, yang bekerja sebagai eksekutif jualan dan pemasaran, menjalani proses rehabilitasi akibat 'slip disc' pada usia 27 tahun adalah sesuatu yang tidak pernah dijangka."Saya bangun pada suatu pagi dan mendapati kaki langsung tidak boleh digerakkan," katanya.Keesokan harinya, dia mengalami kesukaran membuang air kecil."Saya terus ke jabatan kecemasan," katanya.Doktor yang merawat Kamal dan Yuzaimie memaklumkan mereka layak mendapatkan rawatan di Perkeso kerana mencarum kepada dana keselamatan sosial.Lebih sekadar terapiDi fasiliti itu, mereka menjalani gabungan fisioterapi, hidroterapi, rehabilitasi robotik dan neuromodulasi, iaitu teknik rangsangan saraf bagi membantu memulihkan fungsi pesakit yang mengalami masalah pergerakan.Bagi Yuzaimie, hidroterapi menjadi antara faktor utama yang membantunya kembali bergerak."Apa sahaja yang sukar dilakukan di darat, boleh dilakukan di dalam air," katanya.Dia turut mengakui dorongan berterusan daripada ahli terapi menjadi sumber kekuatan sepanjang proses pemulihan."Daripada merekalah saya dapat semangat untuk terus berusaha," katanya.Ahli fisioterapi, Hanissa Mazalan, berkata program rehabilitasi di fasiliti berkenaan bukan sekadar memulihkan keupayaan fizikal, tetapi membantu pesakit kembali berdikari dalam menjalani kehidupan se…

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →