HomeWorld

Saya sedar masih banyak perlu diperbaiki, kata Anwar kepada tentera, polis

World 1 source 1 country 14m ago

Pengerusi PH Anwar Ibrahim kata beliau tidak pernah anggap segala yang telah dilakukan sudah memadai.PETALING JAYA: Pengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim berkata beliau sedar masih banyak yang perlu diperbaiki di Negeri Sembilan, dalam kenyataan kepada warga tentera dan polis sempena PRN.Anwar merayu kepada warga tentera, polis serta keluarga mereka supaya terus memberikan kepercayaan kepada calon-calon PH, mengatakan setiap undi akan menentukan hala tuju negeri."Saya sedar masih banyak yang perlu diperbaiki, dan saya tidak pernah menganggap segala yang telah dilakukan itu sudah memadai," katanya di Facebook."Namun, dengan sokongan dan mandat berterusan, Insya-Allah kami akan terus bekerja lebih kuat demi mengangkat martabat negara, membela kebajikan rakyat serta memperkukuh kesejahteraan seluruh warga pasukan keselamatan."PH mentadbir Negeri Sembilan sejak 2018, bawah pentadbiran Aminuddin Harun.Pada 22 Julai lalu, Anwar mengumumkan Aminuddin pilihan PH untuk jawatan menteri besar sekiranya gabungan itu diberi mandat.Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh pengundian awal pada 28 Julai, manakala hari pengundian 1 Ogos.Menurut SPR, seramai 16,884 anggota tentera dan pasangan serta 5,455 anggota polis dan pasangan layak mengundi.

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →