Shamsulkahar Deli sedia beri kerjasama dalam siasatan polis terhadapnya. (Gambar Facebook)PETALING JAYA: Ahli Parlimen Jempol Shamsulkahar Deli menafikan cuba memfitnah atau mencetuskan persepsi negatif terhadap DAP menerusi kenyataannya berhubung hantaran media sosial yang didakwa menghina Sultan Selangor.Shamsulkahar berkata beliau hanya membangkitkan isu berlaku di Selangor dan telah dilaporkan secara meluas, termasuk teguran Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah sebelum ini.“Ia kenyataan biasa melibatkan parti politik. Saya tidak menyebut nama mana-mana individu.“Saya hanya membangkitkan isu yang telah disentuh Sultan Selangor serta sikap biadab yang dikaitkan dengan DAP,” katanya kepada FMT.Wakil rakyat Umno itu turut menyatakan kesediaan bekerjasama dalam siasatan polis terhadapnya.Ketua Polis Negeri Sembilan Alzafny Ahmad mengesahkan siasatan dibuat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan, Seksyen 4(A) (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.Semalam, beberapa pemimpin DAP membuat laporan polis terhadap Shamsulkahar susulan kenyataannya yang mengaitkan parti itu dengan satu hantaran gambar yang menghina Sultan Selangor.Laporan itu dibuat susulan rakaman video ucapan Shamsulkahar ketika berkempen PRN Negeri Sembilan di Seremban Jaya.Sebelum ini, Bukit Aman dilaporkan membuka kertas siasatan terhadap pemilik akaun Facebook ‘Huayan The Pureland Learning Centre’ dipercayai memuat naik kandungan menghina Sultan Selangor.Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, M Kumar, berkata siasatan dibuat mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.Pada Februari lalu, Sultan Selangor menzahirkan pendirian tidak berkenan jika ada mana-mana kawasan dijadikan tempat penternakan babi.
Summary from source