HomeSports

SIC seeks fair resolution to affected Bahrain F1 GP events

Sports 1 source 1 country 20m ago

Ketua Pegawai Eksekutif SIC Azhan Shafriman Hanif berkata pihaknya akan berusaha meminimumkan tempoh penutupan litar Sepang sebelum perlumbaan bagi mengurangkan impak terhadap kalendar acara dirancang. (Gambar EPA Images)SEPANG: Litar Antarabangsa Sepang (SIC) sedang berusaha mencari penyelesaian adil kepada penganjur acara terjejas susulan keperluan menyediakan litar itu untuk penganjuran Formula Satu (F1) Grand Prix Bahrain di Malaysia dari 2 hingga 4 Okt ini.Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif, berkata pihaknya sedang berbincang dengan penganjur yang telah membuat tempahan penggunaan litar sebelum pengumuman Malaysia sebagai tuan rumah gantian perlumbaan itu dibuat.Menurutnya, SIC akan berusaha meminimumkan tempoh penutupan litar sebelum perlumbaan bagi mengurangkan impak terhadap kalendar acara dirancang.Setakat ini, katanya, dua perlumbaan yang dijangka terjejas ialah Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) dan Thailand Super Series (TSS)."Kita sedang berbincang dengan pelanggan sedia ada, sama ada mahu anjak tarikh atau bagaimana. Ia bukan perkara mudah kerana menjejaskan keseluruhan kalendar perlumbaan."Saya sudah hubungi mereka sebelum pengumuman dibuat pada Ahad dan kami cuba cari jalan terbaik," katanya kepada media baru-baru ini.Azhan berkata, kebiasaannya SIC menutup litar kira-kira 10 hari sebelum penganjuran MotoGP Malaysia, namun bagi F1, tempoh penutupan dijangka antara dua minggu atau lebih lama bagi membolehkan semua persiapan mengikut spesifikasi diselesaikan.Jelasnya, banyak perkara yang lazimnya dilakukan dalam tempoh setahun kini perlu disiapkan dalam masa kira-kira dua bulan."Sekiranya tempoh penutupan litar dapat dihadkan sekitar dua minggu, ARRC masih boleh diteruskan seperti dirancang, namun rundingan lanjut diperlukan jika persiapan F1 memerlukan tempoh lebih panjang."Kami akan cuba memendekkan tempoh penutupan litar."Ahad lalu, Malaysia disahkan sebagai tuan rumah Grand Prix F1 Gulf Air Bahrain susulan perjanjian yang dimeterai antara F1, Persekutuan Automobil Antarabangsa serta kerajaan Malaysia dan Bahrain.Acara itu akan mengekalkan nama asalnya Grand Prix F1 Gulf Air Bahrain di Malaysia, tertakluk kepada perjanjian yang dimuktamadkan dan kelulusan rasmi, termasuk daripada Majlis Sukan Permotoran Dunia.Perjanjian itu membolehkan Grand Prix Bahrain kekal dalam kalendar F1 musim 2026, selepas perlumbaan berkenaan dibatalka…

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →