Keluarga Abdul Hamid Talib baru-baru ini meminta kerajaan memberikan perkembangan terkini mengenai siasatan kes itu dan menjamin penjagaan perubatannya dalam jangka panjang. PETALING JAYA: Tentera Darat Malaysia (TDM) menafikan dakwaan kebajikan anggota komando Abdul Hamid Talib diabaikan selepas beliau cedera parah dalam satu insiden ketika menjalani latihan pada Mac lalu.TDM berkata Abdul Hamid menerima rawatan dan bantuan kebajikan berterusan sejak insiden itu berlaku pada 12 Mac.Menurutnya, anggota berkenaan pada awalnya dirawat di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru, sebelum dipindahkan ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan dan seterusnya ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan serta pemulihan lanjut.“Pelbagai bentuk bantuan dan sokongan telah disalurkan kepada anggota serta keluarganya.“Lawatan kebajikan turut dilaksanakan secara berterusan oleh pelbagai peringkat pemerintahan bagi memantau perkembangan kesihatan anggota dan memastikan kebajikannya sentiasa terpelihara,” katanya dalam kenyataan.TDM berkata, persediaan turut dibuat bagi memastikan Abdul Hamid menerima penjagaan di rumah selepas dibenarkan keluar dari hospital.Mengulas tindakan terhadap individu yang bertanggungjawab, TDM berkata siasatan dalaman sudah selesai dan tindakan sewajarnya diambil mengikut peruntukan berkuat kuasa.Menurutnya, proses memberhentikan pelaku daripada perkhidmatan juga sedang dijalankan.“Siasatan Polis Diraja Malaysia juga telah selesai dan sebarang tindakan lanjut tertakluk kepada proses perundangan,” katanya.TDM menyeru semua pihak supaya mengeluarkan kenyataan berdasarkan fakta bagi mengelakkan kekeliruan dan menjaga sensitiviti Abdul Hamid serta keluarganya.Katanya, tentera darat akan terus memantau kebajikan anggota itu dan menyalurkan bantuan mengikut keperluan serta peruntukan ditetapkan.Sebelum ini, keluarga Abdul Hamid meminta kerajaan memberikan perkembangan terkini mengenai siasatan kes itu dan menjamin penjagaan perubatannya dalam jangka panjang.Abdul Hamid didakwa dipukul ketika menjalani latihan di Kem Tentera Sri Iskandar, Mersing, Johor, pada 11 Mac sehingga mengalami kecederaan serius.
Summary from source