Penganalisis politik Wong Chin Huat berkata persepsi kekuatan PAS hanya terhad di negeri kubu kuatnya di utara dan pantai timur sudah ketinggalan zaman. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Seorang penganalisis politik berpendapat PAS dalam kedudukan lebih kukuh daripada Umno di Melaka dan menjangkakan parti Islam itu akan memainkan peranan lebih besar daripada sekadar rakan kongsi "muda" jika kedua-dua parti membentuk pakatan.Wong Chin Huat. Wong Chin Huat dari Universiti Sunway berkata, persepsi kekuatan PAS hanya terhad di negeri kubu kuatnya di utara dan pantai timur sudah ketinggalan zaman.Beliau merujuk keputusan PRU15 pada 2022, di mana Perikatan Nasional (PN) — yang kini diterajui PAS —memenangi jauh lebih banyak kerusi berbanding Barisan Nasional (BN) di Perak dan Selangor, bahkan di Melaka.Di Melaka, BN yang diterajui Umno gagal memenangi sebarang kerusi Parlimen pada PRU15, manakala Pakatan Harapan dan PN masing-masing memenangi tiga kerusi.Wong berkata, keadaan ini berpunca daripada pengundi baharu yang sebahagian besarnya menyokong PN berbanding BN, sementara PH berjaya menggerakkan penyokongnya untuk keluar mengundi."Berdasarkan PRN Johor dan Negeri Sembilan, dua faktor ini masih relevan di Melaka: penyatuan undi BN dan PAS, serta kemerosotan sokongan terhadap PH."Menurutnya, BN dan "PAS Plus" — merujuk parti Islam itu dan sekutu PN — boleh memenangi sehingga 24 kerusi dalam PRN Melaka, tetapi mempersoalkan jumlah kerusi yang akan diperuntukkan kepada setiap blok untuk ditandingi."PAS mendahului (dari segi sokongan) di 13 kerusi, termasuk kerusi Tanjung Bidara yang sebelum ini dimenangi Ketua Menteri merangkap Pengerusi Umno negeri (Ab Rauf Yusoh)."Adakah Umno kini dalam kedudukan jauh lebih kukuh berbanding PRU15, memandangkan pertuduhan terkini membabitkan Tabung Haji dan Felda, serta isu tahanan rumah Najib Razak dan komplot menggulingkan pemerintah Negeri Sembilan?"Jika Umno berani bertanding solo di Melaka, PAS Plus mungkin akhirnya menjadi blok terbesar di Dewan Undangan Negeri," katanya menurut Sinar Harian.Wong menjangkakan PAS akan menuntut pembahagian kerusi lebih saksama serta lebih banyak wakil dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, jika pakatan mereka memenangi PRN itu.
Pengundi Melaka akan keluar mengundi 14 Nov ini.BN belum mengesahkan pakatan mereka bagi PRN itu, walaupun Presiden PAS, Hadi Awang mendakwa mereka telah mencapai perse… Penganalisis melihat tuntutan Nur Jazlan Mohamed supaya PAS membuktikan keikhlasan dalam usaha menyatukan orang Melayu sebagai langkah Umno mencari jalan pintas untuk menembusi SG4. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Umno dilihat cuba mencari jalan pintas untuk menembusi kubu empat negeri diperintah PAS dikenali SG4 dengan mencabar parti Islam itu memperuntukkan satu pertiga kerusi kepadanya sebagai bukti keikhlasan dalam penyatuan Melayu, kata penganalisis.Syaza Shukri.Syaza Shukri daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berkata, tuntutan Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Nur Jazlan Mohamed, jelas langkah untuk membantu Barisan Nasional (BN) meraih semula pengaruh di Kedah, Terengganu, Kelantan dan Perlis.“Saya melihat ini sebagai usaha Umno mencari jalan mudah untuk menembusi negeri seperti Terengganu dan Kedah, tempat di mana pengaruhnya sudah lama merosot,” katanya kepada FMT.Syaza berkata, tuntutan itu tidak adil kerana Umno tidak memberi laluan kepada PAS dalam PRN Johor dan Negeri Sembilan, selain dijangka tidak berbuat demikian pada PRN Melaka 14 Nov ini.Beliau berkata, Umno juga perlu membuktikan keikhlasannya jika mahu menguji PAS, yang sering dikritik kerana meninggalkan rakan gabungan.“Umno juga mempunyai sejarah terlalu dominan.
Jika mahu membuat tuntutan terhadap PAS, Umno juga wajar diuji,” katanya.Umno menguasai Perlis sehingga 2022 sebelum PAS mengambil alih negeri itu. PAS turut mengukuhkan Kelantan sebagai kubunya selepas memerintah negeri itu sejak 1990, menggantikan Umno yang mentadbir dari 1978.Di Kedah dan Terengganu pula, kerajaan negeri beberapa kali bertukar tangan antara Umno dan PAS.Namun, PAS semakin mengukuhkan cengkamannya di keempat-empat negeri itu apabila Perikatan Nasional (PN) menyapu sebahagian besar, jika tidak hampir semua, kerusi Parlimen dan DUN dalam pilihan raya pada 2022 dan 2023.Sebaliknya, Umno kini hanya mempunyai dua wakil rakyat di empat negeri itu, kedua-duanya Adun Kelantan.Pada Ahad, Nur Jazlan berkata PAS perlu memperuntukkan satu pertiga kerusi di empat negeri berkenaan kepada Umno sebagai bukti keikhlasan dalam usaha menyatukan orang Melayu.Azmi Hassan.Sementara itu, Azmi Hassan daripada Akademi Nusantara berkata kenyataan Nur Jazlan boleh menjejaskan rundingan kerjasama Umno-PAS, terutama di Kedah yang mahu ditawan semula parti tersebut.Katanya, pemimpin Umno Kedah jelas tidak senang dengan …
Summary from source